Jenaka - Karangan Keluarga Saya
Anda pasti tidak mahu anak anda menulis karangan seperti berikut. Jadi didiklah anak-anak anda sebaik mungkin dan berilah contoh serta tauladan yang berguna kepada mereka.
Saturday, October 25, 2008 | 0 Comments
Jenaka - Kisah 4 Bakal Bapa
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!".
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!".
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven!!"
Tuesday, October 21, 2008 | 0 Comments
Jenaka - Kisah 3 Anak Dara
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."
Tuesday, October 21, 2008 | 0 Comments
Tips Kebahagiaan oleh Ustaz Asmungi Sidek
- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
- Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Tuesday, October 21, 2008 | 0 Comments
Perempuan Yang Haram Dinikahi
Islam telah menetapkan beberapa kategori wanita atau perempuan yang haram dinikahi oleh lelaki. Antara wanita atau perempuan yang dilarang untuk dinikahi dalam Islam adalah yang mempunyai ciri-ciri di bawah:
- Keluarga
- Menyusu
- Semenda
- Permaduan
- Kafir
- Isteri orang
- Di dalam iddah
1. Perempuan yang haram dinikahi sebab keluarga:
- Ibu
- Anak perempuan
- Saudara perempuan
- Adik perempuan sebelah emak
- Adik perempuan bapa
- Anak perempuan abang
- Anak perempuan adik
2. Perempuan yang haram dinikahi sebab susuan:
- Ibu susuan
- Anak perempuan susuan
- Anak kandung lelaki / perempuan
- Adik perempuan emak susuan
- Adik perempuan bapa
- Anak perempuan saudara susuan
3. Perempuan yang haram dinikahi sebab semenda (mempunyai talian kekeluargaan):
- Mertua perempuan
- Ibu tiri
- Menantu perempuan
- Anak perempuan tiri
4. Perempuan yang haram dinikahi sebab persemaduan:
- Saudara perempuan isteri (adik/kakak ipar)
- Saudara perempuan sebelah bapa isteri (mak saudara)
- Saudara perempuan sebelah ibu (emak isteri)
5. Perempuan yang haram dinikahi sebab kafir/isteri orang/isteri di dalam iddah:
- Orang lelaki Islam haram nikah dengan perempuan kafir kecuali kafir kitabiah.
- Orang perempuan Islam haram nikah dengan lelaki kafir sekalipun kitabiah.
- Haram nikah isteri orang sekalipun telah diceraikan jika belum tamat iddahnya.
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Panduan Meminang Dalam Islam
Lelaki yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, dan berhajat untuk meminang wanita pilihannya perlulah menitikberatkan beberapa perkara:
- lelaki boleh meminang perempuan (atau wakilnya)
- perempuan juga boleh meminang lelaki dengan menghantar wakilnya
- memastikan bahawa orang yang dipinang bukan pinangan orang lain
- bukan perempuan di dalam iddah
- bukan perempuan bekas isterinya yang dicerai talak tiga sebelum tahalul
- jika anak dara, diamnya adalah setuju
- jika janda hendaklah menyatakan izinnya
- meminang pada masa yang sesuai tidak dalam kedukacitaan atau sedang sakit
- jika peminangan diterima hendaklah rundingkan pernikahannya
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Syarat-syarat sah dua orang saksi
Berikut adalah syarat-syarat sah dua orang saksi:
- Baligh
- Berakal
- Lelaki
- Beragama Islam
- Adil (tidak fasik)
- Merdeka
- Mendengar
- Melihat
- Berkata-kata
- Mengerti maksud ijab dan qabul
- Tidak kurang ingatannya
- Menjaga maruahnya
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Wali Nikah
Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.
Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti berikut :-
- Bapa Kandung
- Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
- Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
- Adik Beradik Lelaki Sebapa
- Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
- Anak Saudara Lelaki Sebapa
- Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
- Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
- Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
- Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
- Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
- Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
- Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
- Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
- Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
- Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
- Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
- Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
- Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
- Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
- Wali Hakim
Berikut pula adalah syarat-syarat sah bagi wali:
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Lelaki
- Tidak fasik
- Tidak dipaksa
- Tidak sedang di dalam ihram
- Tidak rosak fikirannya
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Rukun Nikah
Sesuatu pernikahan hanya akan dianggap sah apabila sempurna kelima-lima rukun nikah iaitu:
- Lelaki
- Perempuan
- Wali
- Dua orang saksi
- Ijab dan qabul
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Syarat-syarat Sah Pengantin
Berikut merupakan syarat-syarat sah bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Syarat-syarat sah bagi lelaki:
- Beragama Islam
- Tidak muhrim dengan bakal isteri
- Tidak beristeri empat
- Tidak beristeri dengan perempuan yang muhrim dimadukan
- Tidak dipaksa
- Tidak sedang ihram
- Mengetahui diri perempuan bakal isterinya
- Nyata benar-benar bukan khunsa
Syarat-syarat sah bagi perempuan:
- Tidak muhrim dengan bakal suaminya
- Bukan isteri orang
- Tidak di dalam iddah dari suami lain
- Beragama islam atau kitabiah
- Nyata perempuan bukan khunsa
- Tertentu orangnya
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Hukum Nikah
Di dalam Islam, hukum nikah ini terbahagi kepada lima mengikut keadaan seseorang.
- WAJIB
apabila seseorang itu cukup syaratnya, mampu dan berkeinginan tinggi untuk beristeri, kerana ditakuti boleh membawa kepada pekerjaan zina. - SUNAT
apabila seseorang itu cukup syarat, mempunyai keinginan dan suka mendapatkan seorang isteri. - MAKRUH
apabila seseorang itu tidak gemar, tiada kemampuan, berpenyakit, sudah tua, mati pucuk dan lain-lain. - HARAM
apabila seseorang itu tidak mampu, tidak cukup syarat, membalas dendam kepada perempuan atau bernikah lebih daripada empat. - HARUS
apabila seseorang itu cukup syarat, berkemampuan tetapi boleh menghindarkan daripada melakukan perzinaan atau juga harus menghimpunkan sehingga empat orang isteri dalam satu masa.
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Jangan Tangguhkan Persediaan Perkahwinan
Kebanyakan pasangan bakal pengantin tidak menitikberatkan soal persiapan untuk menghadapi hari bahagia mereka. Rata-rata bagi mereka urusan itu diserahkan 100 peratus kepada ahli keluarga atau mak andam yang ditempah. Inilah antara punca di mana ada sesetengah pasangan pengantin yang tidak berpuas hati dengan majlis perkahwinan mereka. Sepatutnya, pasangan pengantin ini, perlu meluangkan masa untuk merancang keseluruhan majlis serta kelancarannya. Majlis perkahwinan ini penting, kerana ia hanya hadir sekali dalam hidup pasangan tersebut.
Seeloknya, sebaik sahaja cincin pertunangan disarungkan di jari manis wanita idaman, kedua-dua pihak bolehlah menyediakan persiapan untuk majlis perkahwinan secara berperingkat-peringkat. Jangan tangguhkan persiapan perkahwinan, kerana dikhuatiri masalah-masalah lain akan timbul. Biarpun tempoh perkahwinan yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak masih jauh lagi, misalnya dua atau tiga tahun akan datang, tetapi persiapan perkahwinan harus dimulakan. Paling tidakpun, anda perlu merancang jumlah perbelanjaan yang akan digunakan dalam majlis itu nanti.
Senaraikan segala barangan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk majlis tersebut. Apa yang anda perlukan dan idamkan, perlulah dicatit supaya tidak tercicir dalam saat anda hampir menjadi raja sehari.
Dewasa ini, anda amat bertuah kerana anda boleh mendapatkan informasi perkahwinan di merata-rata media, terutamanya majalah. Terdapat beberapa majalah yang khusus untuk pasangan pengantin. Ia merangkumi tips, hantaran, pakaian, pelamin, kad jemputan dan sebagainya. Selain itu, anda boleh merujuk kepada butik-butik yang menawarkan perkhidmatan runding bagi majlis perkahwinan.
Jurunikah atau 'tok kadi' merupakan orang yang paling penting dalam memastikan anda 'diijab kabulkan' dengan selamat, teratur dan lancar. Anda perlu mencari jurunikah ini lebih awal kerana dikhuatiri mereka telah ditempah oleh pasangan lain, pada tarikh yang sama.
Apabila menyentuh soal kenduri, pastikan kaedah mana yang ingin digunakan, sama ada menggunakan khidmat katering atau memasak sendiri. Jika anda memilih katering, tempahan hendaklah dibuat seawal mungkin. Jangan menyerahkan segala-galanya kepada katerer dalam soal menu, kerana selain kelancaran majlis, tetamu yang hadir juga menilai menu yang dihidangkan. Sebaiknya berbincanglah dengan katerer berkenaan, menu yang sesuai dengan suasana majlis anda dan pastikan ia berpatutan dan mencukupi. Anda juga boleh menempah katerer yang lain jika dirasakan tidak sesuai.
Bagi mereka yang lebih selesa memasak sendiri, pastikan menu yang ingin dihidangkan dan senaraikan segala bahan yang diperlukan. Perkara penting yang harus dititkberatkan juga ialah tenaga kerja yang akan membantu anda untuk bergotong-royong. Tenaga kerja perlulah mencukupi dan sediakanlah sedikit wang, bagi menghargai bantuan dan pertolongan mereka.
Tempahan khemah juga hendaklah dibuat lebih awal. Hal ini kerana penggunaan khemah mempunyai permintaan yang tinggi. Selain itu tujuannya bagi memastikan ia dapat didirikan pada masanya. Semasa memilih khemah, pastikan ia mempunyai kipas bagi memastikan keselesaan tetamu yang hadir.
Kad jemputan memainkan peranan dalam menentukan jumlah tetamu yang dijemput menghadiri majlis anda. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk kad jemputan di pasaran. Anda hanya perlu pilih yang sesuai dan senada dengan warna pelamin atau baju pengantin anda. Apa yang penting ialah, pastikan cetakan nama anda dan pasangan anda serta alamat betul. Jika tidak segeralah membuat pembetulan.
Bagi mereka yang ingin mengelakkan pembaziran dan menghadkan perbelanjaan, bolehlah sertakan sekali kad jawapan di dalam kad jemputan anda. Bagi mereka yang akan hadir, mereka akan menghantar semula kad jawapan tersebut, berserta bilangan orang yang akan hadir ke majlis anda. Dengan itu, anda bolehlah merangka perbelanjaan anda. Tetapi awas, ada juga tetamu yang tidak menghantar semula kad jawapan tersebut, tetapi hadir ke majlis anda.
Mungkin anda pernah menghadiri majlis perkahwinan di mana kompangnya dimainkan melalui kaset atau cakera padat. Apa yang anda dapat rasakan ketika itu? Tentunya majlis itu kurang meriah. Bagi mengelakkan situasi itu, anda perlulah menempah pasukan kompang dengan lebih awal.
Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan mak andam, perlulah menempah mereka lima atau enam bulan lebih awal. Pilihlah mak andam yang bersesuaian, bagi memastikan penampilan anda sebagai raja sehari benar-benar memuaskan. Anda boleh meminta mereka menyolek anda (sebagai percubaan), agar solekan mereka memuaskan hati anda dan mampu menaikkan seri wajah anda.
Selain perkhidmatan solekan, mak andam juga biasanya mempunyai set pelamin dan baju pengantin. Jadi anda berpeluang memilih pelamin dan baju yang bersesuaian dengan citarasa anda. Anda juga boleh meninjau di butik-butik pengantin yang menyediakan fesyen terkini atau kontemporari, yang mungkin lebih menarik perhatian anda.
Seperti yang kita sedia maklum, majlis seumpama ini dilakukan sekali seumur hidup. Bagi memastikan kenangan itu terus terpahat di hati, anda bolehlah menempah jurufoto atau jurukamera untuk merakamkan detik-detik manis anda bersama. Elakkan daripada meminta saudara-mara anda yang merakamkan gambar-gambar anda kerana mungkin ia kurang berkualiti. Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti, pilihlah jurufoto atau jurukamera yang pakar dalam bidang mereka, ini bagi memastikan detik manis anda bersama suami atau isteri sentiasa di ingatan.
Jadikanlah majlis raja sehari anda, majlis yang diingati oleh semua tetamu yang hadir. Kelancaran dan kemeriahan majlis adalah penting, dengan itu rancangkan sebaik mungkin majlis yang anda inginkan. Semoga berjaya dan selamat pengantin baru.
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya ialah:
- Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
- Membayar mas kahwin kepada isterinya.
- Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud) - Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6) - Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
- Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7) - Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222) - Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
- Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadar tertentu dan tidak ada penentuan yang khusus, ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi, contohnya di kota dan hidup di banndar. Walaubagaimanapun, suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Tanggungjawab Isteri
Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
- Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.
Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”. - Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223) - Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34) - Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
- Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
- Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
- Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
- Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
- Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Resipi Rumahtangga Bahagia
RESEPI RUMAHTANGGA BAHAGIA
Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama
1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dak ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan talak ansur, toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 camca penuh pengucapan maafkan daku(ini juga sangat penting untuk kebahagiaan suami isteri)
Secubit campurtangan mentua
Curahan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja berpasangan dan perkongsian
Cara membuat atau mengamalkannya:
Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan boleh ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.
Saturday, October 11, 2008 | 0 Comments
Tips Berjaya Dalam Perniagaan
TIPS BERJAYA DALAM PERNIAAGAAN MENURUT AL-QURAN
Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab."
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."
"(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, "Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu"
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan "fast-cash" untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.Firman Allah di dalam ayat berkenaan, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan "low profile". Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu'alam.
Credit to myjodoh.net
Saturday, October 11, 2008 | 0 Comments
Tips Kebahagiaan Rumahtangga - Kemesraan Rasulullah
Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..........
- Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ). - Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s..a.w.( Hadis Riwayat Ibnu Majah ). - Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )."( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ). - Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid".( Hadis Riwayat Ahmad ).Meminta isteri meminyaki badanDari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ). - Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ). - Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya."( Hadis Riwayat Ahmad ). - Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya."( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."( Hadis Riwayat Ahmad ). - Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). - Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Umairah (pipi merah delima).Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesraNabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan."( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ). - Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."( Hadis Riwayat Nasai ). - Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad ) - Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan.......apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."( Hadis Riwayat Tirmizi ).
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi........
Saturday, October 11, 2008 | 0 Comments
Tips 8P Ustazah Siti Nor Bahyah
TIPS KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA - TIPS 8P USTAZAH SITI NOR BAHYAH
1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.Biar pun di mata kita nilai yang dilakukan oleh pasangan kita terlalu kecil namun jika dia telah berbuat sesuatu kenapa tidak kita hargainya sedangkan dia menerima kita sebagai pasangan hidupnya. Tanpa pujian, motivasi diri pasangan mungkin menurun dan sangatlah malangnya kita andai dia tiba-tiba tak melakukan sesuatu buat kita lantaran kita tidak menghargai usahanya...Ala, puji sikit, tak luak pun kan??Bukannya susah..Ye tak?
2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.Bak kata Dr Fadhilah kalau kita peluk 5 saat je pun dah boleh memanjangkan sikit umur kan? Ye ke tak bukan persoalannya. Yang perlu kita fikir adelah dia telah dihalalkan buat kita maka apa perlu kita fikir lagi??
3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.Bukan luak pun kalau beli barang seringgit dua mcm kad kecik je ke...Macam ala2 romantik gitu...
4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.Mungkin ade setengah pasangan serabut kalau kita tanya itu ini tentang cerita dia di pejabat. Jangan la main terjah time yg tak betul. Kita boleh baca time mana dia suka bercerita dan time mana dia perlu berseorangan. Ini lebih baik dari dia rasa diabaikan..
5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.Memang sukar nak fahami pasangan tambah pulak di awal usia perkahwinan..Tapi jangan takut, kita punyai banyak masa untuk berbuat demikian. Satu kuncinya adalah jgn asyik nak menang..Beralahlah sikit-sikit...
6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.Dah tau ade pasangan sendiri, kene la jaga kan..
7. PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.Fikirkanlah masa dan tika yang sesuai untuk tinggalkan anak2 pada orang yang boleh diharap. Pergilah bercuti dan kenangkan saat2 indah masa mula2 kenal, mula2 kawin....Mmmm....Bestnya..
8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.Wajibkanlah diri kita berdoa kerana kita bukan siapa-siapa andai Tuhan tidak mentakdirkan kita begini.....
Insya-Allah..
Saturday, October 11, 2008 | 0 Comments
Wang Menghalang Perkahwinan Anda?
Ketahui Bagaimana Anda Boleh Mencari & Mengumpul Wang Untuk Perkahwinan Anda Dengan Mudah & Lancar
Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan.. sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda? Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya, menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda!
Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.
Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM8,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.
Mari kita semak! Berapakah kos anggaran yang anda perlukan jika ingin mendirikan rumahtangga pada masa kini?

Jalan mudah?! Buat pinjaman bank!.. Tambah satu lagi hutang.. sekarang sudah ada..
- Hutang Motorsikal
- Hutang Kereta
- Hutang PTPTN
- Hutang Rumah
- Hutang Mamak
- Hutang Komputer
- Hutang Koperasi
- Hutang Kad Kredit
- HUTANG KAHWIN?!
MENGAPA?
Pertama, selepas sahaja anda selesai melayari "malam pertama", fikiran anda akan mula berserabut semula.. jika dulu fikiran anda tertekan "Bagaimana hendak cari duit kahwin?" , kini masalah baru .. "Bagaimana hendak membayar semua hutang-hutang anda?" pula timbul. Bukankah ia sesuatu yang amat mengecewakan? Sedangkan..pada waktu-waktu begini, anda sepatutnya perlu bergembira kerana baru sahaja menempuhi alam baru di dalam kehidupan anda, iaitu alam rumahtangga.
Kedua, jika sebelum berumahtangga pun anda sudah kurang bijak di dalam menguruskan kewangan anda, bagaimana keadaannya pula selepas berumahtangga? Tanggungjawapnya adalah lebih besar.. jika dulu anda hanya perlu memikirkan hal makan-minum diri anda sahaja, tetapi kini, anda perlu fikirkan pula mengenai makan minum isteri anda, anak-anak anda, pakaian mereka? perbelanjaan hospital apabila si isteri mulai mengandung? pendidikan anak-anak? dan sebagainya... TAKKAN setiap kali tidak cukup duit.. anda mahu membuat PINJAMAN? Ianya amat bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga anda..
Tahukah anda? Sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, masalah konflik rumahtangga telah meningkat sehingga 70% , ini membuktikan masalah kewangan juga boleh menjadi penyebab utama bagi kehancuran sesebuah rumahtangga.Oleh sebab itulah, adalah amat penting untuk anda menguasai ilmu menguruskan kewangan sewaktu anda masih bujang lagi. Ianya bukan sahaja akan dapat MENYELESAIKAN MASALAH TIDAK CUKUP DUIT KAHWIN, tetapi ia JUGA MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN LEBIH CEMERLANG SELEPAS BERUMAHTANGGA.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memperkenalkan kepada anda, sebuah ebook yang akan memberikan panduan kepada anda. Mengenai cara-cara yang betul di dalam menguruskan wang anda, dan seterusnya, akan membantu anda di dalam menyelesaikan masalah TIDAK CUKUP DUIT KAHWIN.
"EBOOK " MASKAHWIN YANG HILANG
Sila klik pada buku untuk keterangan lanjut













